BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 28, 2009

~43 perkara.......~

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

~Nabilaku sayang~

Pusara ayah dan emak tidak jauh berbeza sewaktu aku meninggalkannya dahulu. Kemas dan bersih tentunya bekas tangan Adik Ila . Kata Mak Teh , Adik Ila yang bersusah payah membersihkan pusara ayah dan emak . Balik sahaja dari sekolah agama , Adik Ila sudah sedia di tanah perkuburan merumput atau membaca Yaasin di situ . Sebak dadaku mendengarnya . Adik Ila baru berusia 13 tahun sudah menjadi matang seolah-olah berusia 16 tahun lagaknya . Menatapi wajah tenang Adik Ila membuatku sebak . Aku tahu Adik Ila tidak bahagia di situ tetapi apakan dayaku untuk membawanya bersamaku.

Walaupun Mak Teh melayan Adik Ila seperti anak kandungnya sendiri tetapi tidak Pak Teh . Tengok sahaja gayanya menyambut kedatanganku tadi sudah memadai. Kalau tidak disebabkan Mak Ngah ada di situ pasti aku sudah di halaunya tadi . Dulu , Adik Ila begitu manja denganku . Tapi kini Adik Ila kelihatan seolah-olah tidak mengenaliku . Dia sudah banyak berubah . Wajahnya cengkung , sinar wajahnya malap , badannya kurus dan cahaya ceria di matanya sudah hilang . Wajahnya mengandungi secebis garis luka dan duka yang maha hebat sekali seolah-olah memendam rahsia yang pahit dan payah untuk diluahkan meskipun kepada aku , kakaknya sendiri.

Dulu , setiap kali aku pulang bercuti pasti dia merengek-rengek kepadaku meminta habuannya tetapi kini dia hanya menyalamiku dan berlalu ke sekolah dengan segaris senyuman . Diakah adikku yang aku amanahkan kepada Mak Teh dulu ? Adik , maafkan kakakmu ini . Bukan salahmu tetapi memang sudah takdir kita sebegini . Bagiku , setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Pulang dari pusara tiada sesiapa menyambutku . Rumah sunyi sepi sahaja.

Aku menjeling jam tanganku , pukul 1.45 petang . Sebentar lagi Adik Ila akan tiba di rumah tetapi dapur belum berasap lagi . Segera aku turun ke dapur memasak . Tidak rela aku membiarkan Adik Ila pulang dengan perut yang kosong dan menjadi hampa kerana hidangan tengah hari belum disajikan olehku lagi . Sedang aku rancak memasak di dapur , kedengaran salam di beri di serambi . Aku tahu itu Adik Ila . Dia masuk dan meletakkan beg galasnya di ruang tamu dan terus meluru ke dapur tanpa menukar pakaian sekolahnya terlebih dahulu . Waktu itu aku sedang menggoreng ikan kembung . Dia menangis tiba-tiba . Dia memelukku untuk kali pertamanya sejak aku pulang.

Hampir tumbang diriku diperlakukan sedemikian . Aku mengusap lembut rambutnya . Dia tidak berganjak malah makin memelukku sekuat yang boleh.
"Ila ... .. kenapa ni ? Cuba cakap dengan akak sikit... . " Aku memulakan bicara dengan lembut . Dia menangis teresak-esak di bahuku . "Akak ... . Ila nak ikut akak . Ila tak nak tinggal di sini lagi ! " Aku terdiam . Ikut aku ? Bagaimana ... .. ? Aku sendiri masih lagi dalam tanggungan pihak universiti . Bagaimana harus aku bawa dia ke sana ? Akalku mula mereka-reka jawapan yang logik untuk Adik Ila . Aku meleraikan pelukannya . Ikan goreng tadi aku masukkan ke dalam piring dan api dapur gas aku padamkan . Aku memandang Adik Ila . Dia masih merenungku dengan penuh harap . Sayu hatiku melihatnya.

"Kalau Adik Ila ikut akak , nanti siapa yang nak jaga pusara ayah dan emak? "Dia terdiam . Melihatnya diam , aku mula menyajikan hidangan . Adik Ila masuk ke biliknya tanpa membalas soalanku tadi . Dia keluar dengan pakaian yang sudah siap ditukar . Kami makan tengah hari bersama-sama . Adik Ila makan tanpa bercakap-cakap . Mungkin dia sedar yang saudara-mara kami di sini tidak boleh diharap untuk menjaga pusara ayah dan emak . Selesai sahaja menolongku di dapur , dia terus mengurungkan diri di dalam biliknya. Merajuk nampaknya dia denganku . Aku mengeluh sendirian.

Aku melawat Yanti , kawan baikku , seorang diri . Adik Ila tetap tidak mahu keluar dari biliknya walaupun sudah berkali-kali aku memujuknya. Biarlah kerana marahnya mudah reda. Sebenarnya , aku bimbang betul hendak meninggalkannya sendirian di rumah tetapi memikirkan kehidupan di kampung tidak sama dengan kehidupan di bandar aku merasa lega sedikit . Yanti sudah banyak berubah . Dia tampak lebih tua dariku walaupun umur kami cuma selisih tiga bulan sahaja tetapi ketaranya jelas kelihatan . Namun begitu, Yanti nampak lebih langsing dan cerah . Dia tersenyum memandangku.

Kami berborak panjang . Sudah lama aku tidak bersembang dengannya maka tiga hariku di sini akan aku peruntukkan dengan baik . Daripada Yanti juga aku mengetahui aktiviti rutin adik kesayanganku , Ila . Kata Yanti , Adik Ila bangun pagi-pagi . Dia mengangkat air di perigi , membasuh pakaian, menyediakan sarapan dan memberi ayam dan itik makan. Sebelum ke sekolah Adik Ila akan menyidai pakaian . Balik dari sekolah Adik Ila memasak makanan tengah hari . Setelah itu barulah dia ke sekolah agama. Pulang dari sekolah agama , Adik Ila sudah sedia di tanah perkuburan. Petang pula Adik Ila menyiram pokok bunga , mengangkat kain di jemuran dan menghambat ayam dan itik pulang ke reban . Kemudian , Adik Ila mengangkat air dan membelah kayu . Malam pula , Adik Ila mengaji dan pulang dari mengaji Adik Ila menyediakan hidangan makan malam pula . Kemudian barulah dia mula belajar.

Begitulah kehidupan Adik Ila di mata Yanti . Aku menangis . Inikah dugaan-Nya menguji kami . Yanti menyarankan kepadaku untuk membawa Adik Ila keluar dari sini tetapi ... . apalah dayaku ... .. ! Pulang dari rumah Yanti , Adik Ila sudah ke sekolah agama . Aku masuk ke biliknya . Biliknya suram dan malap seolah-olah menyimpan sejuta misteri. Melihat keadaannya yang tidak terurus ini , aku nekad hendak membawanya keluar dari tempat ini , mengikutku ke Kuala Lumpur tetapi bagaimana persekolahannya ? Entahlah , ragu aku seketika dengan keputusanku .

Aku keluar menghirup angin nyaman di serambi . Hembusan bayu petang menghembus lembut ke mukaku , menari-narikan rambutku ... Romantik sekali. Saat ini aku mula terkenangkan emak dan ayah . Kalaulah peristiwa itu tidak meragut nyawa mereka pasti hidup kami berdua tidak akan jadi begini . Peristiwa itu menjadi suatu sejarah hitam untuk kami berdua . Pita memoriku mula memutar-mutarkan peristiwa itu . Betapa nostalgia pahit itu tidak akan aku lupakan sepanjang hayatku . Masih aku ingat lagi , hari itu hari Sabtu, 13 Ogos 1998 dan hari itu juga merupakan hari lahir Adik Ila . Aku , emak dan ayah sudah merancang untuk mengadakan parti tergempar untuk Adik Ila .

Aku tinggal di rumah mengemaskinikan rumah manakala emak dan ayah pula menjemput Adik Ila pulang dari tuisyen . Aku menanti di rumah dengan penuh debaran seolah-olah sesuatu bakal berlaku tapi apakah ia ? Aku menganggap parti itu yang mendebarkan aku tetapi malang tidak berbau . Perjalanan emak dan ayah meninggalkan aku adalah perjalanan selama-lamanya. Mereka pergi tidak kembali lagi . Hancur luluh hatiku tatkala mendengar panggilan telefon dari pihak polis supaya aku ke hospital untuk mengesahkan mayat ibubapaku . Waktu itu aku rasakan duniaku kelam dan gelap . Tidak ada apa lagi yang aku fikirkan setelah itu kecuali Adik Ila .

Berselindungkan cermin mata hitam , aku mengambil dia pulang dengan teksi. Becok bibir mogelnya bercerita tentang kerenah kawan-kawannya. Aku cuba ketawa tetapi tidak berdaya . Dia asyik bertanya tentang ketidakhadiran emak dan ayah dan aku cuba sedaya upaya mengelak soalannya dengan bercerita tentang perkara lain . Kaku bibirku untuk memberitahunya hal yang sebenarnya . Biarlah dia melihat sendiri apa yang terjadi . Aku memandangnya . Dia masih terlalu muda tetapi terpaksa belajar menerima hakikat yang kami sudah bergelar yatim piatu . Sebagaimana aku, dia juga begitu . Dia menangis sambil menjerit menyuruh emak dan ayah bangun mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya . Bertambah sayu hatiku.

Benteng ketahanan yang aku bina tadi hancur berkecai . Aku memeluknya. Dia mengalihkan perhatian kepadaku pula . Dia menarik-narik tanganku memaksa aku mengejutkan emak dan ayah bangun . Aku memeluknya seerat-erat yang mungkin . Dia memukul-mukulku sambil menangis . Masih aku ingati ayat-ayat terakhirnya sebelum dia lena dalam dakapanku . "Mak dan ayah jahat . Mak dan ayah tak sayangkan Ila dengan Kak Ili . Kenapa emak dan ayah tak nak bangun ? Bangunlah ... ... Jangan tidur lagi . Ila tak sukalah kalau macam ni hadiah hari lahir untuk Ila . Kak Ili ... . Kejutkan emak dan ayah ... ... " Ayat itu diulanginya beberapa kali . Air mataku deras mengalir.

Majlis tetap majlis . Majlis parti kini berubah menjadi majlis pengebumian. Itulah kali terakhir aku melihat Adik Ila memakai baju sutera putih dan kalung mutiara pemberian emak dan ayah . Itulah hadiah terakhir mereka yang tidak sempat untuk dikritik olehku dan itulah hadiah terakhir mereka yang tidak sempat dipuji oleh sesiapa pun . Selepas hari itu aku tidak pernah melihat Adik Ila memakainya lagi . Aku menangis tersedu-sedan . Ya Allah! Kembalikanlah adikku itu . Tiba-tiba bahuku ditepuk dari belakang . Aku menoleh . Adik Ila tersenyum kepadaku . Aku mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana adikku sudah mula tersenyum . Dia mengajakku ke pusara emak dan ayah . Aku memberitahunya yang aku hendak mandi dahulu kerana badanku melekit . Dia ketawa. Dia memberitahuku yang dia akan ke sana dahulu . Aku mengiyakan saja . Dia masuk ke bilik menukar pakaian manakala aku ke telaga menyegarkan diri.

Setelah aku bersiap aku dapati Adik Ila telah pun ke pusara . Aku menuruni tangga sambil mencongak hari . Rupa-rupanya hari ini hari lahir Adik Ila malah ini juga bermakna sudah dua tahun emak dan ayah meninggalkan kami berdua . Aku menyalahkan diriku tentang kealpaanku mengingati tarikh tersebut . Aku berpatah semula ke rumah mengambil hadiah hari lahir Adik Ila yang sudah lama ingin aku berikan kepadanya dahulu . Hadiahku tidak semahal mana tetapi bagi aku itulah hadiah yang teristimewa dan bernilai sekali iaitu potret kenangan gambar keluarga kami . Aku memeluk potret itu ke tanah perkuburan . Aku tersenyum . Hajatku kini akan tercapai untuk memberinya potret ini lebih-lebih lagi pemberian ini bersaksikan di depan pusara ayah dan emak . Aku tersenyum.
Dalam perjalanan ke sana , aku membelek tubuhku . Hari bersejarah ini biarlah aku kelihatan ayu . Berpakaian sutera merah darah pemberian emak dan cincin pemberian ayah yang tidak pernah lucut dari jariku sejak aku bersekolah menengah atas lagi , itulah imejku hari ini . Aku sendiri tidak tahu mengapa aku keberatan menanggalkan cincin itu sedangkan aku mempunyai dua bentuk cincin yang lain tapi cincin itu memang tidak pernah lekang dari jari manisku . Aku tersengih . Mengapa tiba-tiba aku ingin memakai baju sutera ini ? Ada apa-apakah ? Entahlah tapi yang pastinya esok aku akan pulang ke Kuala Lumpur dan jiwaku meronta-ronta rindu pada baju sutera merah darah ini . Cepat sungguh masa berlalu . Aku belum puas menatap wajah adik kesayanganku kini terpaksa berpisah lagi . Aku mengeluh sebentar .

Perjalananku di ganggu oleh satu perhimpunan kecil di tepi jalan. Ramai orang sedang mengerumuni sesuatu. Jantungku berdegup kencang tiba-tiba. Aku tidak tahu kenapa tindakan refleksku ini tiba-tiba berfungsi semula setelah dua tahun menyepi . Aku ingin segera sampai di pusara tetapi perhimpunan kecil itu menggamitku untuk turut bersama meramaikannya . Aku menyelit-nyelitkan tubuhku di antara manusia-manusia di situ. Pandanganku jatuh pada jag air berwarna merah yang bergolek di situ . Bunga-bungaan dan haruman berselerak di sisi jag itu . Hatiku berdetik . Petanda apakah itu ? Kemudian , aku lihat ada manik-manik mutiara bertaburan di situ . Ada cecair merah panas di situ . Aku sudah tidak dapat mengawal diri lagi. Aku kenal manik-manik mutiara itu . Itulah antara butiran mutiara pemberian ayah kepada Adik Ila . Aku menolak manusia-manusia di situ . Jelas di penglihatanku sebujur mayat seorang gadis berpakaian sutera putih memegang surah Yaasin dan potretku terlepas . Aku menjerit ... ... ... "IIIIIIiiiiiiiiLLLLLLLllllllllllllAAAAAAAAAaaaa... ... ... ..!!!!!!!!!!!!"

Potret itu jatuh retak seribu seperti hatiku . Aku meluru kepada Adik Ila. Baju sutera putihnya kini sudah bertukar warna sama sepertiku, warna merah darah . Aku memangku kepalanya . "Adik ... . Bangun ! Jangan tinggalkan Kak Ili seorang-seorang disini . Bangunlah ... . " Adik Ila tidak bergerak . Dia kaku sahaja . Aku menggerak-gerakkan badannya sambil menangis . Semua yang melihatku menitiskan air mata . Bahuku ditepuk lembut tiba-tiba dari belakang. Aku menoleh. Kelihatan di situ Mak Teh dan Yanti . Mereka memegang tanganku. "Ili bangunlah . Terimalah hakikat yang Ila sudah pergi selama-lamanya. "

"Tak , Mak Teh . Dulu , Ila kata dia tidak akan tinggalkan Ili selama-lamanya . Ila ... .. Bangunlah ! Jangan menakutkan akak macam ni . "

Aku memeluknya erat . Yanti pula berusaha keras meleraikan pelukanku . Aku menolaknya . Ila adik aku dan tidak ada orang lain boleh merampasnya dari aku . Aku menjerit namanya tetapi Adik Ila tetap kaku membatu. Aku tidak tahu apa yang berlaku seterusnya tetapi sebelum aku rebah ke tanah aku dapat merasakan yang Adik Ila mengucupi pipiku. Habis sahaja majlis adikku itu aku segera mengemaskan pakaianku. Sedih mengundang diriku apabila ekor mataku merayap ke gambar Adik Ila .

Selepas itu aku mengemas semua barang-barang kepunyaan Adik Ila yang sudah dua tahun terperap di rumah itu . Aku menangis di birai jendela di dalam biliknya . Dari kejauhan dapat kulihat tanah perkuburan itu . Takku sangka yang kepulanganku ke sini untuk menjadi saksi penambahan ahli baru tanah perkuburan itu . Tragedi 13 Ogos itu benar-benar berulang seakan-akan menagih korban baru . Aku menangis lagi . Rasa kesal tak terhingga membaluti jiwaku apabila memikirkan yang aku tidak sempat mengucapkan Selamat Hari Lahir sekali lagi kepada Adik Ila . Wajah Adik Ila tadi bersih, suci , tulus dan wajahnya ceria seolah-olah baru terlepas dari suatu penderitaan. Menangis aku sekali lagi untuk sekian kalinya . Aku sedar yang aku sudah tidak betah lagi tinggal di sini . Aku mengemas buku-buku sekolah Adik Ila . Tiba-tiba mataku terpandangkan sesuatu di atas mejanya. Ada sepucuk surat darinya yang dialamatkan kepadaku . Aku mengambilnya.

Aku buka dengan berdebar-debar kerana inilah kali pertama Adik Ila menulis surat kepadaku walaupun tidak berpos.

Untukmu Kak Ili ,

Assalammualaikum akak ... ... Ila rasa sangat gembira hari ini . Hari ini hari jadi Ila dan kali ini lebih bermakna kerana akak berkesempatan mengucapkannya kepada Ila . Ila nak sangat akak ucapkannya sejak dari pagi tadi tetapi nampaknya akak seakan-akan terlupa hari bersejarah ini. Takmengapalah , malam masih ada lagi untuk akak mengucapkannya. Hari ini juga genap dua tahun emak dan ayah meninggalkan kita. Akak nak tahu ... . ! Semalam Ila bermimpi jumpa emak dan ayah . Ila tak pernah bermimpikan mereka dan Ila rasa sangat gembira. Wajah mereka tenang dan bersinar . Emak dan ayah ajak Ila berjalan-jalan di situ . Tempat itu cantik dan menarik malah lebih menarik dari Cameron Highlands. Ila nampak Kak Ili tapi Kak Ili jauh sangat . Ila jerit nama akak tapi Kak Ili tak dengar . Kasihan akak tak dapat jumpa ayah dan emak tapikan kata emak akak boleh ikut Ila jalan dengan emak dan ayah nanti .

Akak tahu , Ila rasa sebak sangat sebab Ila nampak akak masih lagi memakai cincin pemberian ayah tetapi Ila pula takut nak memakai kalung mutiara pemberian ayah . Andai kata Ila tak sempat memakainya , Kak Ili boleh tolong pakai untuk Ila tak ? Bolehlah ... . sebagai tanda Kak Ili sayangkan Ila ... ..Ila sebenarnya nak sangat ikut akak balik ke Kuala Lumpur tapi nanti siapa pula nak jaga pusara emak dan ayah ? Ila tekad nanti bila Ila naik tingkatan empat , Ila nak mohon di Kuala Lumpur supaya Ila boleh jumpa akak tiap-tiap hari . Bolehkan ? Ila rindukan akak tapi akak jarang balik. Akak tau tak yang Pak Teh selalu mendera Ila . Dia selalu menyuruh Ila melakukan yang bukan-bukan terutama apabila Mak Teh tiada di rumah .

Ila tak nak tapi Pak Teh pukul dan ugut Ila . Ila nak bagitau Mak Teh tapi nanti Mak Teh kata Ila anak yatim piatu tak kenang budi pula . Ila tak nak Mak Teh bergaduh dengan Pak Teh sebab Ila . Ila juga tak nak bagitahu akak sebab Ila tak nak Kak Ili susah hati sebab Ila . Ila takut kalau pengajian akak terganggu sebab Ila . Ila nak akak tunaikan impian emak dan ayah. Ila nak tengok akak pakai baju dan topi hijau tu ambil ijazah jadi akak kena berusaha bersungguh-sungguh ya!

Okeylah , hari dan semakin tua dan pusara sudah menggamit Ila . Ila nak pakai baju sutera putih pemberian emak dan kalung mutiara pemberian ayah. Lama Ila tak pakai baju sutera itu , kan ! Ila nak pergi ni . Ila nak bagitahu emak dan ayah tentang mimpi Ila semalam . Nanti kita berjumpa di sana , okey ! Sebelum Ila mengundur diri , Ila nak bagitahu akak yang Ila sayangkan akak . Ila macam rasa Ila tak sempat nak bagitahu akak sebab Ila rasa ... ... ... ... entahlah . Selamat tinggal Kak Ili . I luv ya' .

Yang benar ,

Adikmu yang cute, NABILA J

Airmataku menitik . Aku mengusap potretnya . Takku sangka dalam usianya masih muda dia sudah menanggung penderitaan sedemikian . Sayang ... hajatnya untuk melihatku mengenggam segulung ijazah tidak berkesampaian. Aku memeluk balang kaca yang berisi mutiara putih itu dengan seerat yang mungkin . Pasti aku akan membaiki kalung mutiara itu supaya impian Adik Ila dapat kutunaikan . Semua barang Adik Ila kusimpan di rumah lama kami. Potret retak seribu itu aku gantungkan di ruang tamu rumah lama kami. Aku sedar yang aku hanya akan menjejakkan kaki ke sini apabila aku genap berusia 25 tahun . Aku ke perhentian bas bersama Mak Teh. Kelibat Pak Teh tidak dapat kuintai . Hanya Mak Teh yang aku salam . Dia memberi kata perangsang kepadaku untuk berjaya . Aku tersenyum tanda menghargainya.

Aku naik ke perut bas dengan segaris senyuman . Mak Teh melambai-lambai kepadaku. Bas bertolak ke Kuala Lumpur . Aku termenung sendirian di dalam perut bas . Airmataku menitis lagi . Maafkan Ili ... ... .. ! Ili sedar yang pusara mak , ayah dan Adik Ila akan ditumbuhi rumput dan lalang tetapi bersabarlah kerana empat tahun lagi bakal menemukan kita . Panorama senja amat mengasyikkan . Aku tertidur diulit mimpi bertemu mereka . Benar kata Adik Ila , wajah emak dan ayah bersinar-sinar . Mereka menggenggam erat tanganku . Aku nampak Adik Ila. Dia memelukku . Aku rasa amat bahagia kerana seluruh ahli keluargaku kini bersatu kembali . Tiba-tiba Adik Ila meleraikan pelukannya. Emak merenung aku dengan lembut manakala ayah pula menepuk-nepuk bahuku. Mereka berseiringan berjalan menuju ke hadapan meninggalkan aku keseorangan. Sebelum aku tersedar dari bahtera mimpiku , dapat aku lihat lambaian Adik Ila kepadaku . Aku tersenyum.

Bas berhenti di destinasi utama , kota metropolitan , Kuala Lumpur. Berpusu-pusu penumpang keluar dari perut bas . Aku masih lagi terpinga-pinga dalam igauan . Aku menggenggam erat begku turun ke Puduraya Kuala Lumpur dengan longlai . Baru beberapa tapak kakiku melangkah, aku terdengar ada suara yang memanggil namaku . Aku menoleh ke belakang. Kelihatan kelibat rakan-rakan seperjuanganku di universiti sedang menguntum senyum kepadaku . Tiba-tiba dadaku sebak . Rina, teman sekuliah dan sebilikku merapatiku . Dia mengeluarkan tisu lantas menyeka air mataku dari berterusan berjuraian . Baruku tahu berita tentang pemergian adikku sudah diketahui mereka . Aku memandang mereka lalu mereka pun mengangguk serentak.
"Ili ... . takkan Ili nak berputus asa sebegini . Fikirkanlah betapa kecewanya hati ayah , emak dan adik Ili mengetahui bahawa Ili tak dapat menunaikan impian mereka . Fikirkanlah Ili ... ... ."

Aku memandang mereka satu persatu . Rina , Alia , Sephia dan Julia tersenyum kepadaku . Aku tersenyum kembali . Betapa aku terharu memikirkan rakan-rakanku ini bersusah payah demiku malah merekalah tempat aku mengadu dan mendamba kasih di negeri rantauan orang . Jasa dan pengorbanan mereka akan sentiasa di ingatan . Berkat azam dan dorongan mereka juga , aku kini berjaya tetapi berbaloikah jika aku mengaku kalah pada suratan azali dan menunduk pada perasaan ? Aku menguntumkan senyuman . Aku adalah aku dan tetap aku maka walau bagaimana sukarnya hidup aku nanti , falsafah diriku tidak akan aku lupakan . Kami berjalan bergandingan bersama-sama ke Menara Kembar Petronas ( KLCC ) untuk merehatkan diri di sana sebelum bersama-sama ke universiti untuk pendaftaranku . Kami melangkah dengan bersemangat bersama sebuah janji yang baru termetrai tadi bersaksikan Perhentian Bas Puduraya Kuala Lumpur.

'Walau apapun yang terjadi jangan biarkan orang lain menangis kerana kita dan jangan sesekali mengaku kalah sebelum bertanding atau tunduk pada godaan syaitan bertopengkan perasaan , okey!'
... . Itulah lafaz janjiku kepada kawan-kawanku untuk bersama-sama mereka semula mengejar bintang kecemerlangan . Termetrainya perjanjian tadi bermakna bermulalah waktu aku sibuk ke sana, ke sini menghadiri kuliah dan mengulangkaji serta membuat nota-nota pelajaran-pelajaran yang aku tinggalkan dahulu . Jika tidak ada aral melintang , insya-Allah ijazah itu pasti akan aku genggam nanti . Aku tersenyum . Dari kejauhan dapat kurasakan yang keluargaku sentiasa memerhatikanku malah aku dapat merasakan yang mereka amat dekat denganku dan sentiasa di sisiku . Jauh di sudut hatiku aku mengakui diriku kerdil . Perasaan hendaklah di kawal supaya tidak melebihi akal kerana perasaan acapkali menggoda kita melakukan kesilapan dan akallah yang berperanan membawa kita kembali ke pangkal jalan . Aku juga perlu menerima hakikat bahawa setiap yang hidup pasti akan mati kerana cuma Allah yang mengetahui bila kita berlabuh pergi maka aku yang hidup ini perlulah mempersiapkan diri secukupnya sebelum kembali menemui-Nya dan bersatu dengan keluargaku kembali.

Aku mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana baru kini aku sedar yang pemergian Adik Ila adalah untuk meringankan bebannya yang selama ini tergalas di bahunya seorang diri . Aku melangkah bersemangat sekali ke dewan kuliah . Tunggulah emak , ayah dan Adik Ila tercinta di alam hakiki . Ili di sini perlu meneruskan kehidupan kerana Ili masih lagi dirantai digelangi janji kepada insan-insan tersayang. Walaupun mereka tidak ada di sisi tetapi bagi Ili ... ... jauh di mata , dekat di hati!

Wednesday, February 25, 2009

~resepi~

hari ni nak jd chef jap...huhuhu...
chef fareha....nk wat kuih...boleh p'caya ke???
dh2...jgn mengarut....straight 2 d point....
di atas permintaan seorang hamba Allah, cik mimi.....
yang meminta sy u post resepi murtabak crakers 2....
so sy pn amek la resepi ni dr blog 'home sweet home'...
maaf ye kak ummi sy copy resepi akak ni....huhuhu...
anyway...thanx la bg ktorg share resepi akak yg best 2.....
so dh sedia....mari kt mulakan...
mulakan dgn Bismillah....

Bahan:-
  • 45 keping biskut cream crackers
  • 4 biji telor (dipukul sedikit)

Bahan untuk celupan biskut:-

  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan santan (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan Inti:-

  • 400 gm daging kisar Ramly
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar marjerin
  • garam
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu/mayang
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 cm halia - tumbuk
Cara Membuat:-
  1. Alaskan loyang 4 segi 25 cm (ummi guna 22 cm) dengan kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 180 C.
  2. Panaskan minyak dan marjerin dalam kuali. Tumis bahan yang dimayang/dadu hingga wangi.
  3. Masukakn rempah kari dan kacau sampai wangi.
  4. Masukkan daging dan kacau sekejap. Masukkan air dan reneh hingga air tinggal sedikit dan daging masak. Biarkan pekat dan kering sedikit. Masukkan sos cili dan garam, gaul rata.
  5. Kacau bahan celupan dan celupkan biskut.
  6. Susunkan biskut di dasar loyang anggaran 9 keping bagi setiap lapisan.
  7. Taburkan 1/4 daripada bahan inti dan taburkan juga 1/4 bahagian telor yang telah dipukul.
  8. Ulang lapisan sehingga menjadi 5 lapisan.
  9. Tuangkan lebihan susu yang digunakan untuk celupan biskut tadi.
  10. Letakkan sedikit mentega atas lapisan biskut yang akhir.
  11. Bakar dalam oven selama 1 jam atau murtabak kelihatan masak.
~SELAMAT MENCUBA~

Tuesday, February 24, 2009

~murtabak crakers~

salam....korang dh penah try rase murtabak crakers ni....huhuhu...
tadi ngah boring2 x de idea nk post blog...
so singgah la kt blog 'home sweet home'.....

ya ampun...mmg sgt menyelerakan tekak ni.....
lagi la dh lame x balek.....yeke dh lame...huhuh...

so teringin sgt nk mkn mcm2....huhuh....
klik la kt label kuih....carila sket2 resepi nk wat kuih....
ceh berangan....macam jadi je nk wat....

cari pny cari....terjumpe la murtabak crakers ni.....ermmmm....

teringat plak????.... thn lepas raye kt uma myza....
myza wat kuih ni...huhuhu....

sgt sedap smpi main menu dh x pndg dah....yeke padahal mkn jugak....

mmg ktorg last group yg dtg kt uma myza...
wk2 2 nek kete ngan mimi....adik die n kak aja.....
2 pun nasib b
aik mimi ingt kt aku....
sbb sbnrnya mmg dh x jd nk g....

x yah la cite lebih2 dh lepas pun....
just 2 d point....
so ape lg...mmg belasah je bpe keping....
anyway..thanx la myza..merase jgk ak mu
rtabak crakers ko 2....
mmg sedap....anyway pape pun korang layan je la......
Laaaaayaaaaannnn....


~erti persahabatan~

Misha menyingkap kembali tabir ingatannya. Sharon. Manis nama itu, semanis orangnya. Dialah kawan karib Misha yang selalu diingatannya. Sudah enam tahun mereka mengenali antara satu sama lain. Kegembiraan dan keperitan hidup di alam remaja mereka melalui bersama. Tetapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Misha kehilangan seorang sahabat yang tidak ada gantinya.

Peristiwa itu berlaku dua tahun yang lalu. Sewaktu itu mereka sedang berada di kantin sekolah. Misha sedang memarahi Sharon kerana mengambil pen kesukaannya tanpa izinnya dan menghilangkannya.

Apabila Misha bertanya, dia hanya berkata yang dia akan menggantikannya. Misha tidak mahu dia menggantikannya. Kerana pen yang hilang itu berlainan dengan pen yang akan digantikan oleh Sharon. Pen yang hilang itu adalah hadiah daripada Sharon sewaktu mereka pertama kali menjadi sepasang kawan karib.

"Aku tak mahu kau menggantikannya! Pen yang hilang tu berharga bagiku! Misha memarahi Sharon." " Selagi kau tak jumpa pen tu, selagi itulah aku tak akan bercakap dengan kau!" Marahnya Misha pada Sharon. Meja kantin itu di hentaknya dengan kuat hingga terkejut Sharon. Misha yang mukanya memang kemerah-merahan, bila marah bertambah merahlah mukanya. Sharon dengan keadaan sedih dan terkejut hanya berdiamkan diri lalu beredar dari situ. Misha tahu Sharon berasa sedih mendengar kata-katanya itu. Misha tidak berniat hendak melukainya tetapi waktu itu dia terlalu marah dan tanpa dia sedari, mutiara jernih membasahi pipinya.

"Sudah beberapa hari Sharon tidak datang ke sekolah. Aku merasa risau. Adakah dia sakit? Apa yang terjadi" Berkata-kata Misha seorang diri. Benak fikirannya diganggu oleh seribu satu pertanyaan "EH! Aku nak pergi kerumahnyalah" Berbisik Misha di hatinya. Tetapi niatnya berhenti di situ. Dia merasa segan. Tiba-tiba telefon dirumah Misha berbunyi "Ring,riiiiiiiing,riiiiiiiiing,riiiiiiiing"Ibu Misha yang menjawab panggilan itu."Misha, oh, Misha "Teriak ibunya. "Cepat, salin baju. Kita pergi rumah Sharon ada sesuatu berlaku. Kakaknya Sharon telefon suruh kita pergi rumahnya sekarang jugak" Suara ibu Misha tergesa-gesa menyuruh anak daranya cepat bersiap. Tiba-tiba jantung Misha bergerak laju. Tak pernah dia merasa begitu. Dia rasa tak sedap. Ini mesti ada sesuatu buruk yg berlaku. "Ya Allah, kau tenteramkanlah hatiku. Apapun yang berlaku aku tahu ini semua ujianmu. Ku mohon jauhilah segala perkara yang tak baik berlaku. kau selamatkanlah sahabatku." Berdoa Misha pada Allah sepanjang perjalanannya ke rumah Sharon.


Apabila tiba di sana, rumahnya dipenuhi dengan sanak -saudaranya. Misha terus menuju ke ibu Sharon dan bersalaman dengan ibunya dan bertanya apa sebenarnya yang telah berlaku. Ibunya dengan nada sedih memberitahu Misha yang Sharon dilanggar lori sewaktu menyeberang jalan berdekatan dengan sekolahnya." Dia memang tidak sihat tapi dia berdegil nak ke sekolah. Katanya nak jumpa engkau. Tapi hajatnya tak sampai. Sampai di saat dia menghembuskan nafasnya, kakaknya yang ada disisinya ternampak sampul surat masih ada digenggaman tangannya" terisak-isak suara ibu Sharon menceritakan pada Misha sambil menghulurkan surat yang Sharon beriya-iya sangat ingin memberikannya pada sahabatnya.

Didalam sampul surat itu terdapat pen kesukaanku. Disitu juga terdapat nota daripadnya.


MISHA SHARMIN,
AKU MINTA MAAAF KERANA MEMBUAT KAU MARAH KERANA TELAH MENGHILANGKAN PEN KESUKAANMU. SELEPAS ENGKAU MEMARAHI AKU, AKU PULANG DARI SEKOLAH SEWAKTU HUJAN LEBAT KERANA INGIN MENCARI PENMU.DI RUMAH AKU TAK JUMPA.TAPI AKU TAK PUTUS ASA DAN CUBA MENGINGATINYA DAN AKU TERINGAT, PEN ITU ADA DI MEJA SCIENCE LAB . ITUPUN AGAK LAMBAT AKU INGIN KESEKOLAH KERANA BADANKU TAK SIHAT TAPI DENGAN BANTUAN SITI DIA TOLONG CARIKAN. PENA ITU SITI JUMPA DIBAWAH MEJAMU. TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGHARGAI PEMBERIANKU DAN PERSAHABATAN YANG TERJALIN SELAMA SETAHUN. TERIMA KASIH SEKALI LAGI KERANA SELAMA INI MENGAJARKU TENTANG ERTI PERSAHABATAN.

SHARON OSMAN.

Kolam mata Misha dipenuhi mutiara jernih yang akhirnya jatuh berlinangan dengan derasnya.Kalau boleh ingin dia meraung sekuat hatinya. Ingin dia memeluk tubuh Sharon dan memohon maaf padanya tapi apakan daya semuanya dah terlambat. Mayat Sharon masih di hospital. Tiba-tiba dentuman guruh mengejutkan Misha daripada lamunan. Barulah dia sedar bahawa dia hanya mengenangkan kisah silam. Persahabatan mereka lebih berharga daripada pen itu. Misha benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Dia berjanji tak akan membenarkan peristiwa ini berulang kembali. Semenjak itu Misha rajin bersolat dan selesai solat dia akan membaca al quran dan berdoa dan bersedekahkan ayat-ayat al quran kepada sahabatnya. Dengan cara ini sahajalah yang dapat Misha balas balik jasanya Sharon dan mengeratkan persahabatanya. Semoga dengan kalam Allah Sharon akan bahagia di alam barzakh.

Sunday, February 22, 2009

~kisah sayang adik dan kakak~

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.
Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. “

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

~lawak ke~

Lawak 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Lawak 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Lawak 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Lawak 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Lawak 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Lawak 7

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Lawak 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Lawak 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.) Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Lawak 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Lawak 11

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Saturday, February 21, 2009

~andai itu takdirnya~


Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana,dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.

salam....kepada penggemar novelis pastinya sudah membaca atau memiliki novel ini.....walaupun novel ni dah lame kt pasaran tapi baru je semalam aku menghabiskan membaca.....huhuhu...secara jujurnye, novel ni memang feeling abis....air mata dah bebaldi melimpah....betul ke ayat aku ni....huhuhu...anyway kt sini nk share la sket sinopsis novel ni....ape2 pun korang layan je la....hehehe.....

Aleya yang terpaksa berkahwin dengan syed Aizril kerana telah diperangkap oleh kawan mereka Faizal...mereka kene tangkap basah...mahu tak mahu dorang kawen gak...tp zril membenci leya sepenuh hati....maklum laa dek kerana darjat dah kedudukan...leya hanya org kg jek...Leya juga dibuang keluarga sendiri oleh kerana perkara buruk ini....'Malam Pertama Leya telah dipukul oleh Zril'....Leya di dera oleh suaminye sendiri.....sian Leyaaaa....Leya di hina...di dera...dipukul...di caci...dan dihalau seperti anjing.....Zril dan keluarganya memang kejam....dan Leya mengandung anak Zril....Leya lari dan tinggal bersama kawan baik dia Umairah..sehingga bersalin bayi kembar....Zril yang mempunyai kekasih hati bernama Shrifah Emelin yg sedarjat dgn nya....dan merancang untuk berkahwin....Zril telah berkata sekiranya dia menikahi Lin maka talak akan jatuh terhadap Leya....dimalam majlis akad nikah...Zril dan ibu nya telah ditimpa kemalangan....ibunya cedera ringan dan Zril KOMA.....apakah kesudahnya nyer????....heheheheh.........