BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 22, 2013

Di Sebalik Tabir 9 Formula Pantas Seru Rezeki

Perhatian: Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan iaitu Cikpuan Insyirah Azhar. Beliau adalah penulis ebook motivasi ketuhanan best-seller. Dalam artikel ini, beliau mempersembahkan diari motivasi menjadi seorang penulis ebook.


Kisah Si Penakut Terbitkan Ebook

Alhamdulillah, ebook ini telah dilancarkan pada 10 Disember 2012. Ia adalah karya berani yang saya berjaya terbitkan. Ebook ini juga adalah hasil penangan Coaching Penulisan Ebook yang Tuan Aqif anjurkan.

Dahulu, saya adalah seorang yang penakut terbitkan ebook. Saya pernah buat ebook, tetapi ketika itu jahil ilmu penulisan ebook. Oleh sebab itu, saya telah ditembak dengan kata-kata negatif tentang ebook saya, yang tidak berjaya mendapat tempat di hati pembaca.

Impaknya, saya mempunyai mental block untuk terus maju. Alhamdulillah, dengan menyertai Coaching Penulisan Ebook bersama Tuan Aqif, saya telah berjaya memecahkan mental block yang selama ini tertanam dalam diri saya.

Rekod Kurang 6 Jam, Ebook Terhasil
Oleh sebab obsesi memberi, setelah tamat coaching, saya dapatkan buku kecil khas untuk sumbat ilham penulisan. Saya membuat keputusan, saya perlu pecahkan mental block untuk terbitkan ebook.

Lantas, ketika berjalan pulang ke rumah, saya tulis derasan idea yang menjengah di fikiran kurniaan Tuhan. Tanpa berlengah, jari jemari sesak menari-nari di atas papan kekunci untuk merealisasikan sebuah impian.

Tanpa sedar, Alhamdulillah kurang 6 jam setelah coaching tamat, saya telah berjaya siapkan sebuah ebook, iaitu 9 Formula Pantas Seru Rezeki.

9 Formula, Formula Amalan Peribadi

Ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki, adalah ebook formula amalan peribadi yang saya amalkan. Dalam menyusuri kehidupan yang penuh dengan cabaran, nikmat kekayaan adalah sesuatu yang ramai antara kita impikan.

Namun, kadang-kala, akibat obses dengan kekayaan, kita lupa pada Tuhan. Lantas, mencari lubang-lubang yang mungkin menjerumuskan kita mengamalkan ilmu khurafat. Nauzubillahi min zalik.

Oleh sebab itu, saya terbitkan ebook ini. Sebaik-baik kehidupan adalah dengan kembali kepada Allah. Jika ingin kaya, sedekah dan berniaga, jika ingin bahagia, bersyukur. Itu adalah antara perkara yang ramai antara kita terlepas pandang.

Ebook ini adalah olahan formula, selama saya hidup di universiti kehidupan. Ia adalah formula terbaik yang Allah beri panduan, untuk mencipta kekayaan dunia dan Akhirat. Ia bukan sekadar tulisan, malah boleh menarik diri kita disayang Tuhan

Derasan Testimonial Yang Luar Biasa

Tidak pernah saya sangka, ebook ini akan menginspirasikan ramai orang. Sejak ia dilancarkan pada 10 Disember 2012, Alhamdulillah, saya telah menerima puluhan testimonial yang luar biasa.

Walau ia kelihatan seperti karya jalanan, tetapi dengan izin Allah, ia terkesan pada hati ramai insan.

Ramai yang memberi respon, ebook saya telah memberi cahaya dalam hidup mereka. Ada kehidupan keluarga yang berubah, setelah membaca ebook 23 muka surat saya.

Adapun, peroleh rezeki tidak diduga dalam masa 3 hari, apabila mula amalkan salah satu daripada formula dalam ebook ini. Subhanallah.

Alhamdulillah, di kala ini, lebih 100 orang yang telah mendapatkan ebook ini. Dengan mendapatkan ebook ini, pembeli akan mendapat akses ke group tertutup di Facebook, bertujuan untuk menginspirasikan orang lain yang telah mengamalkan formula itu. Sebuah perkongsian yang tidak ternilai.

Seandainya ingin ‘merasa’ perkongsian dalam group itu, dapatkan ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki, formula akhir zaman disayang Tuhan.

Ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki – Insyirah Azhar (Klik Di Sini) 9 Formula Pantas Seru Rezeki

0 bicara: