Daripada penulis ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki Saya merenung. Dahulu, saya adalah seorang yang ketagih pada wang -
hanya gembira apabila ada wang, resah ketika tiada wang. Hidup saya
huru-hara dengan tekanan penyakit itu. Rasa susah hati. Puas saya mencari apa sahaja teknik, kursus, tips
berkaitan menjemput rezeki dalam masa yang pantas dan mudah. Namun,
rata-ratanya mempunyai amalan yang ringan tetapi agak berat diamalkan
secara konsisten. Saya sudah habis laburkan sehingga 4 angka untuk mendapatkan ilmu
itu. Akhirnya, saya tersedar. Tips yang terbaik untuk menjemput rezeki
dalam masa yang pantas dan mudah adalah dengan kembali kepada Allah. Dengan memberi di jalan Allah, bukan insyaAllah tetapi pasti dibalas.
Amalannya pun sangat mudah untuk diamalkan secara kosisten berbanding
teknik-teknik yang pernah saya jumpa. Ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki, adalah ebook yang mengupas 9
formula yang mampu menjemput rezeki cara Halal yang dicintai Tuhan,
dikasihi Nabi, disayang insan. Ia adalah olahan formula yang saya simpulkan selama saya mencari cara
untuk menjemput rezeki dengan pantas dan amalan yang sangat mudah.
Malah, ia dijanjikan Allah atas keberkesanan dan manfaat yang terkandung
kepada siapa yang mengamalkannya. Ia adalah karya sulung saya yang telah menjemput rezeki dan berjaya
mendapat tempat pada hati tiap insan. Oleh itu, saya sarankan tuan puan
dapatkannya segera. Lawat laman di bawah:>> 9 Formula Pantas Seru Rezeki
Perhatian:
Artikel ini ditulis oleh penulis jemputan iaitu Cikpuan Insyirah Azhar.
Beliau adalah penulis ebook motivasi ketuhanan best-seller. Dalam
artikel ini, beliau mempersembahkan diari motivasi menjadi seorang
penulis ebook.
Kisah Si Penakut Terbitkan Ebook Alhamdulillah, ebook ini telah dilancarkan pada 10 Disember 2012. Ia
adalah karya berani yang saya berjaya terbitkan. Ebook ini juga adalah
hasil penangan Coaching Penulisan Ebook yang Tuan Aqif anjurkan. Dahulu, saya adalah seorang yang penakut terbitkan ebook. Saya pernah
buat ebook, tetapi ketika itu jahil ilmu penulisan ebook. Oleh sebab
itu, saya telah ditembak dengan kata-kata negatif tentang ebook saya,
yang tidak berjaya mendapat tempat di hati pembaca. Impaknya, saya mempunyai mental block untuk terus maju. Alhamdulillah, dengan menyertai Coaching Penulisan Ebook bersama Tuan Aqif, saya telah berjaya memecahkan mental block yang selama ini tertanam dalam diri saya. Rekod Kurang 6 Jam, Ebook Terhasil Oleh sebab obsesi memberi, setelah tamat coaching, saya dapatkan buku
kecil khas untuk sumbat ilham penulisan. Saya membuat keputusan, saya
perlu pecahkan mental block untuk terbitkan ebook. Lantas, ketika berjalan pulang ke rumah, saya tulis derasan idea yang
menjengah di fikiran kurniaan Tuhan. Tanpa berlengah, jari jemari sesak
menari-nari di atas papan kekunci untuk merealisasikan sebuah impian. Tanpa sedar, Alhamdulillah kurang 6 jam setelah coaching tamat, saya telah berjaya siapkan sebuah ebook, iaitu 9 Formula Pantas Seru Rezeki. 9 Formula, Formula Amalan Peribadi Ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki, adalah ebook formula amalan
peribadi yang saya amalkan. Dalam menyusuri kehidupan yang penuh dengan
cabaran, nikmat kekayaan adalah sesuatu yang ramai antara kita impikan. Namun, kadang-kala, akibat obses dengan kekayaan, kita lupa pada
Tuhan. Lantas, mencari lubang-lubang yang mungkin menjerumuskan kita
mengamalkan ilmu khurafat. Nauzubillahi min zalik. Oleh sebab itu, saya terbitkan ebook ini. Sebaik-baik kehidupan
adalah dengan kembali kepada Allah. Jika ingin kaya, sedekah dan
berniaga, jika ingin bahagia, bersyukur. Itu adalah antara perkara yang
ramai antara kita terlepas pandang. Ebook ini adalah olahan formula, selama saya hidup di universiti
kehidupan. Ia adalah formula terbaik yang Allah beri panduan, untuk
mencipta kekayaan dunia dan Akhirat. Ia bukan sekadar tulisan, malah
boleh menarik diri kita disayang Tuhan Derasan Testimonial Yang Luar Biasa Tidak pernah saya sangka, ebook ini akan menginspirasikan ramai
orang. Sejak ia dilancarkan pada 10 Disember 2012, Alhamdulillah, saya
telah menerima puluhan testimonial yang luar biasa. Walau ia kelihatan seperti karya jalanan, tetapi dengan izin Allah, ia terkesan pada hati ramai insan. Ramai yang memberi respon, ebook saya telah memberi cahaya dalam
hidup mereka. Ada kehidupan keluarga yang berubah, setelah membaca ebook
23 muka surat saya. Adapun, peroleh rezeki tidak diduga dalam masa 3 hari, apabila mula
amalkan salah satu daripada formula dalam ebook ini. Subhanallah. Alhamdulillah, di kala ini, lebih 100 orang yang telah mendapatkan
ebook ini. Dengan mendapatkan ebook ini, pembeli akan mendapat akses ke
group tertutup di Facebook, bertujuan untuk menginspirasikan orang lain
yang telah mengamalkan formula itu. Sebuah perkongsian yang tidak
ternilai. Seandainya ingin ‘merasa’ perkongsian dalam group itu, dapatkan ebook
9 Formula Pantas Seru Rezeki, formula akhir zaman disayang Tuhan. Ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki – Insyirah Azhar (Klik Di Sini) 9 Formula Pantas Seru Rezeki
Saya mahu berkongsi, bagaimana seorang yang biasa menjemput rezeki dengan pantas, dalam masa yang singkat sehingga 3 angka.
Ia bermula apabila beliau mula mengamalkan 9 formula dalam sebuah ebook. Ketika itu, beliau mengalami masalah kewangan yang kritikal. Lantas, beliau terdetik mendapatkan ebook itu.
Dengan izin Allah, dalam masa kurang sejam, ada orang berminat mendapatkan produk yang beliau jual bernilai 3 angka. Subhanallah.
Dengan ebook tersebut, pembaca akan dapat;
1. Susuk untuk jernihkan rezeki yang tersumbat, agar rezeki kita akan semakin lancar. Semakin banyak peluang pendapatan masuk ke dalam hidup kita.
2. Sistem ghaibkan hutang, yang boleh kita gunakan untuk mengghaibkan hutang yang kita ada, dengan izin Allah.
3. Jamu rapuhkan masalah yang kita boleh aplikasikan untuk mengurangkan masalah dalam hidup kita.
Pesan Puan Ainon Mohd, CEO PTS (syarikat penerbitan buku);
"Semakin banyak kita melakukan kebajikan, semakin kurang isu bisnes kita."
4. Ikhtiar bina produktiviti untuk kita melapangkan masa yang terhad kepada masa yang tidak rasa sibuk, malah memudahkan kita dapat menyiapkan banyak perkara.
5. Akses mujarab ilmu kerezekian yang membantu kita untuk mengaktifkan ilmu kerezekian yang kita pernah belajar. Ia adalah akses yang berkesan untuk mengaktifkan ilmu kerezekian yang kita pernah belajar.
Assalamualaikum semua,,, diharapnyr sihat2 la ea,,,, ermm....tinggal beberapa hari shj di UKM... huhuh...sayu n sedih la plk... terase cpt sgt masa berlalu.... 4 thn sudah di UKM.... slps ni masing2 akn bawa haluan sndiri,,,, nway just nk ucapkan kat kalian sume... teruskan perjuangan kalian di bumi Allah ini,,,, selain itu teruskan mempergunakan ilmu yang dipelajari ini,, diharapnyr sgala pengalaman n kenangan ni dapt memberi... suatu kenangan yang terindah buat kalian semua.... ermm..sudah kekeringan idea ni,,,,
ni luahan hati je,,, baru2 ni kwn sy baru pulang dr wat umrah,,, subhanallah,,, ni memang impian sy la,,, kalo bole nk wat umrah n haji tyme muda ni,,,, ade jgk kwn kt mtriks dlu dh wat haji tyme form 5... mudah2an Allah permudahkannyr,,,, sekiranya ade niat,,,,Allah akan permudahkannyr,,, InsyaAllah,,,,Aminn,,,,,
Assalamualaikum semua... harap2 nyr sihat la ea... erm..sudah lame x update blog... dikesempatan yg ade ni 2lis gak la,, w/pun x seberape... bsok d lg exam advance tax,,, wish me luck k... cam sedey la plk tgk kwn2 yg dah nk balek ni... huhuh...nway teruskan perjuangan kalian,, selagi mana hidup di dunia nie,,,, wassalam...... peace no war...Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
Assalamualaikum semua,,, diharapnyer sihat2 la ye,,, 3 days more 4 classes...pttny 2 days je,,, ermm...d plk extra claz 4 psa,,,,huhuh... nway arini nk share ngan u all novel yg baru je sy bace... erm..myb dh d org yg dh bce since novel ni dh kuar last year... average novel ni mmg sgt best,,, jalan cite yg sgt menarik,,, x de yg jiwang2 karat n cintan cintun yg lebih,,,, more 2 cite yg sempoi tp sgt mendalam ayt die,,, diselitkan byk jgk unsur islamik dlm cite ni,,, 2 yg best 2,,,kire novel ni bole dikategorikan sbg pembina semangat u trus berusaha n maju..... jalan cite ni kite akan menyelami perasaan ind yg mmpunyai masalah akhirnya berjaya dlm hidupnya,,,,cewah.. susunan ayat yg sgt menyentuh jgk....heheh.... 'segala yang susah dan pahit tu boleh jadi benda yang baik sebenarnya. Swett venom and bitter cure......' bertepatanlah dengan ayat Al-Quran: 'boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui' (Al-Baqarah ayat 216)
*segala benda yg jadi itu tarbiah dan didikan drpd Allah utk kita > baik sbg pengajaran dan sempadan......
last but not least....:
'hidup tak selalunya lawa tak semestinya ada pelangi kalau nk kata a bed of roses pun, duri2 nya tetap ada... kadang2....bilamana 'malapetaka' tu datang terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo rasa macam dah tak mampu bangkit rasa macam dah tak mampu hela nafas......
Rooftop Rant.....Hlovate......
yg ni plk novel islamik,,, ermm..best gak cite ni,,, tp x la setebal mne pun....=))
Assalamualaikum semua,,,,, hehe...=)) sbnrnye en3 ni msh dlm proses... tetibe plk bole t'tekan...aik??? mst rmi yg x caye... eden lg la plik..cmne bleyh jd cmni,,, td mmg kelam kabut gler siapkn assgmnt,,,, nk anta sblm pkul 4..... lari2an ke pusan nk print.... x perlu la diungkit mende dh lepas... nway abaikan psl mende 2.... just nk share arini bufday teman,,,, yg ke...tett..tett.... usia semakin tua huhuh.... biase la lumrah alam,,,mne ade yg makin mude,,,, mekasih diucpkn pd shbt2 yg mngingati bfdy teman nie,,, mklm r low profile je,,,ceh....huhuh... bersempena ngan bfday teman ni teman mnghrpkan hidup ini diberkati n dirahmati oleh-Nya....Amin.... teman jgk nk mohon maaf sekirenye ade myakiti ati sape2.... sedey la plk...ni week last claz,,, pasni no more assgmnt....tutorial...yg pepening pale otk.... pdhl kalo keje lg stress..huhuh.... so dlm mggu ni ke mggu dpn ke dh plan nk meronda 1 ukm... insyaALLAH...jom kwn2 kte nek basikal...best wo... lg2 bile nk 2rn bukit,,,,pergh,,,nikmat x t'kate... tp bila nk nek bukit KKM 2 MasyaAllah...hnya Allah je yg taw,,,, sgt best,,,,poyo tul la.... so kwn2...hargailah masa yg ade ni utk hargai kwn2 kte,,, pasni dh ssh nk jmp....msg2 wat hal....
Assalamualaikum semua,,,, Ermmm.....arini tepat pada pukul 8.30 seluruh dunia akan gelap gulite... bagi menjayakan earth hour... seperti last year di ukm turut sama menyokong progrm ni... so thn ni x taw la plk..... tup2 je blackout plk....hu3... so stanby je la sume... pstkn bateri lptp dicaj bg penggunaan malam nti,,,,, ok daaa,,,,,
Assalamualaikum semua,,,,,, nway nk cite la smlm kami ke pesta bku,,, so nk share sket pic2 kami yg x sberape ni,,, thnx 2 masz n yanie,,,, antr my fav ialah Jemari Seni,,, papepun laayann jeeee...^_^
Assalamualaikum semua,,,,,
sudah lama rasenyr jari jemari ini tidak menulis di laman ini,,,,
beribu kekangan serta dugaan yang mendatang akhirnya telahpun diharungi,,,
walaupun ianya sebenarnya masih belum berakhir lagi,,,,,
dugaan cabaran ini akan sentiasa dialami bagi diri yg bergelar insani,,,,
ranjau duri pahit manis ini merupakan suatu pengajaran dalam mengubah diri u menjadi yg > baik.....
jalanilah kehidupan dgn sabar n tabah.....
sekadar renungan u dikongsi b'sama=))
Kisah-kisah menarik untuk dijadikan iktibar. Semoga kita bersyukur atas apa yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Fahamilah juga keadilan Allah yang telah berjalan selama ini ke atas kita.
Kisah 1 :
Kisah seorang pakcik yang bekerja di sebuah Felcra di Kedah. Hasil daripada jualan kayu getahnya yang telah ditebang untuk ditanam semula, beliau memperolehi sejumlah wang yang agak banyak iaitu RM70 ribu. Seumur hidup beliau tidak pernah memegang duit sebanyak itu. Beliau lalu mengajak seorang teman untuk bersama beliau pergi ke Agro Bank menguruskan duit tersebut ke dalam buku akaunnya.
Sampai di sana, di muka pintu bank beliau berjumpa dengan seorang kanak-kanak yang sedang memegang tabung derma. Lalu budak itu meminta derma daripada beliau lalu beliau berkata spontan, "Kejap, pakcik nak masuk dalam".
Selesai urusan bank beliau berkata kepada sahabatnya. "Kau kenal aku kan? Aku orang kampung biasa tetapi aku lebih miskin dari engkau. Aku bawa kemiskinan warisan yang diwarisi daripada ibu bapak aku. Seingat aku, aku tak pernah letak dalam tabung masjid lebih dari RM1. Tapi kali ini tuhan bagi aku rezeki lebih RM70 ribu. Aku nak kau jadi saksi di akhirat nanti, aku nak masukkan RM10."
Sememangnya pakcik ini seorang kampung yang lurus. Lalu dia membaca bismillah lalu meletakkan sejumlah RM10 ke dalam tabung tersebut. Selepas itu, beliau pun berbual dengan budak itu. Sahabatnya berkata kepada beliau," Kau sembanglah dulu, aku tunggu di kereta".
Sepuluh minit selepas itu beliau bergegas ke kereta sahabatnya. Sewaktu melintas jalan, beliau tidak perasan sebuah kereta dari sebelah kanan beliau sedang bergerak laju. Kereta itu melanggar lalu beliau melambung dan terjatuh di atas boot kereta itu. Kereta itu melanggar beliau untuk kali kedua. Beliau mati serta merta dengan memegang buku bank di tangan kanan beliau.
Kisah 2:
Kisah yang mungkin tidak pernah terfikir dan didengar oleh kita. Seorang Pakcik yang duduk di sebuah felda bersama isterinya. Memiliki dua orang anak yang baik dan mempunyai kerja yang bagus. Seorang telah berkahwin selama 11 tahun tetapi belum mempunyai anak dan seorang lagi belum berkahwin. Setiap bulan mereka akan mengirim sejumlah wang yang berjumlah seribu lebih setiap orang. Dengan kiriman wang tersebut pakcik itu tidak lagi bekerja dan mengupah orang untuk mengerjakan ladang miliknya.
Sampai masanya, ladang itu diserah milik kepada beliau. Suatu hari sebuah konsortium berminat untuk membeli tanah-tanah di felda itu dan berunding dengan penduduk felda. Akhirnya semua penduduk di tanah rancangan itu bersetuju menjual tanah mereka dan menandatangani perjanjian dengan konsortium tersebut.
Tuah diperolehi dan ladang pakcik itu dijual dengan harga RM900,000. Bukan satu jumlah yang kecil. Namun apa yang dilakukan oleh pakcik itu suami isteri? Pakcik itu membuka sebuah buku akaun semasa di sebuah bank. Seterusnya beliau suami isteri dengan kereta milik beliau pergi menjelajah dari Pahang ke Kedah. Kemudian dari Perlis ke Kelantan, Terengganu sehinggalah habis seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.
Apa yang dilakukan oleh beliau suami isteri? Beliau singgah di setiap masjid dan surau yang dilalui. Seterusnya berjumpa dengan AJK surau di situ lalu bertanya," Jika orang ingin berderma, atas nama apa?" Seterusnya beliau akan menulis sebuah cek yang berjumlah RM10,000. Begitulah yang dilakukan oleh pakcik ini di setiap surau dan masjid sehinggalah akaun beliau hanya tinggal RM20,000 sahaja.
Baki itu digunakan untuk beliau suami isteri untuk mengerjakan umrah. Beliau mempunyai satu hajat yang benar-benar dihajati untuk dipohon kepada Allah. Di depan Kaabah dan Raudhah beliau bermohon dengan sungguh-sungguh. "Ya Allah aku memohon satu hajat kepadaMu setelah segala apa yang kau kurniakan kepada aku. Aku bersyukur kepadaMu setelah apa yang Engkau mudahkan untuk aku. Aku telah memberi sesuatu yang Engkau kurniakan atas mudahnya segala yang Engkau berikan kepada aku."
"Hanya tinggal dua orang anak yang engkau kurniakan kepadaku. Dan ini permintaanku kepadaMu. Aku minta Engkau bahagiakan hidup mereka, bertemu dengan isteri yang baik dan mendapat anak-anak yang soleh. Aku pohon kepada Engkau agar mereka jangan menyusahkan aku dan isteriku di dalam kuburku nanti." Itu lah doa yang dipohon oleh beliau dengan bersungguh-sungguh.
Setelah pulang daripada umrah setibanya di KLIA beliau disambut oleh dua orang anak lelaki beliau. Kehairanan. Beliau bertanya di mana menantu beliau. Lalu anak lelaki beliau terus meminta beliau masuk terlebih dahulu ke dalam kereta. Lalu mereka bercerita. "Abah, kami dah bercerai". Terkejut besar. Pada masa itu pakcik itu merasakan dada beliau seperti meletup.
Beliau merintih, "Ya Allah! Di mana keadilanMu? Inikah jawapanMu setelah aku bermunajat kepadaMu? Aku telah memberikan sesuatu yang paling baik di dalam hidup aku, aku minta satu saja supaya anak aku bahagia. Tapi ini jawapanMu terhadap permintaanku." Sungguh si ayah merasakan Allah itu sedang menzalimi beliau. Hampir-hampir beliau hilang pertimbangan.
Masalah itu diketahui oleh seorang ustaz lalu beliau bergegas berjumpa dengan guru beliau. Guru beliau yang mempunyai banyak pengalaman ini meminta supaya beliau dijumpakan dengan si ayah dan anak secara personal.
Apabila sampai masa yang ditetapkan maka sang ayah dan anak berjumpa dengan tuan guru tersebut. "Duhai anak, ceritakanlah sebenarnya apa yang berlaku sepanjang 11 tahun kamu berkahwin dengan isteri kamu. Beritahu perkara sebenar supaya ayah kamu mengetahui apa yang terjadi kepada kamu berdua", pinta tuan guru tersebut kepada anak pakcik itu.
Betapa sang ayah terkejut. Apa yang diberitahu oleh anak beliau betul-betul membuka mata beliau. "Duhai ayah, sebelas tahun kami bersama tetapi kami tidak pernah tidur bersama sekalipun. Kami berkahwin bukan atas suka tetapi kerana pertunangan kami diatur oleh ayah dan bapa mertua saya sewaktu di felda. Selama ini kami berpura-pura dan berlakon di depan ayah".
Kata anak beliau itu menyebabkan beliau terduduk. Langsung tidak disangka itu yang terjadi sebenarnya. Segala apa yang dilihat hanya untuk mengambil hati beliau. Lalu beliau kembali bermunajat, "Ya Allah! Aku terima ketentuan dari Engkau. Tapi takkanlah macam ni...".
Akhirnya selepas 6 bulan berjauhan, sesuatu yang ajaib terjadi. Si anak begitu mengambil berat perihal bekas isterinya. Begitu juga isteri terhadap bekas suaminya. Kedua-duanya begitu mengambil berat antara satu sama lain. Sakit, pening, makan dan minum semuanya cuba diuruskan oleh masing-masing. Maka timbullah rasa rindu dan kasih. Maka timbullah hati untuk kembali bertaut dan akhirnya mereka kembali berkahwin dan hidup bersama.
Alhamdulillah, baru sahaja dua minggu lepas si ayah mendapat cucu yang pertama. Lalu sang ayah kembali berdoa, "Ya Allah! Kini aku mengerti akan keadilanMu. Ampunilah aku." Di sinilah sang ayah mengerti bagaimana keadilan itu berjalan. Bagaimana dengan kita?
Benar! Cerita di atas bukannya sebuah kisah rekaan. Tetapi kisah benar sebagai renungan bersama.
Pengajaran kisah 1: Mana harta lelaki itu yang sebenar? RM70 ribu atau RM10 yang didermakan. Sudah tentu hanya RM10. Ini kerana harta adalah yang kita bawa pulang ke akhirat sana. Apa yang tidak boleh di bawa pulang maka dia bukan harta kita yang sebenarnya. Beruntung lelaki itu memberi RM10.
Mungkin ramai di antara kita yang mengatakan bahawa sungguh beruntung lelaki itu jika beliau mendermakan keseluruhan duit yang beliau ada iaitu sebanyak RM70 ribu sebelum mati. Itu pandangan kita sebagai orang awam - "Ish! Kalaulah dia tahu selepas itu dia mati, sepatutnya dia derma RM 70ribu.
Namun, jika dia memberi RM70 ribu tidak semestinya dia lelaki yang baik. Ini kerana berasaskan hadis-hadis sahih Rasulullah, "Jangan kamu mati dengan meninggalkan anak-anak kamu sebagai fakir dan meminta-minta kepada manusia. Lelaki itu sudah membuat suatu perkara yang besar. Iaitu menamatkan kemiskinan warisan. Dia telah meninggalkan sesuatu untuk anak dan isterinya menyambung hidup."
Yang lebih bermakna, tercetus rasa untuk dia menderma sebanyak RM10 dan tidak berkira. Mungkin biasa bagi kita, tetapi pada dia amat besar nilainya RM10 itu. Disisi Allah mungkin nilai itu untuk orang seperti dia melebihi RM1 juta. Setiap rasa ada nilai di sisi Allah.
Pengajaran kisah 2: Bagaimana keadilan Allah berjalan tanpa kita memahaminya. Sesungguhnya Allah melaksanakan segala qada dan qadarnya dan ia sesuatu di luar kemampuan akal kita untuk berfikir. Semoga kita tergolong dalam manusia yang sabar dan redha dengan ujian Allah.
assalamualaikum sume,,,, dh lame x update blog...hu3... sgt bz ngan prsentation n assgmnt... mnggu ni last present,,,,,he3,,,, skrg ni pun emosi sgt t'ganggu... wah feeling plk.... rase cm beban sgt,,,, Ya ALLAH kuatkn la smgt hambamu ni,,,, dlm menempuh kehidupan di dunia ni.... doakn sy smg sentiasa tabah n sabar..... peace no war..=))
Assalamualaikum... diharapnyr sihat2 la hendaknyr... hu3,,,,dh lame x update blog.... dikesempatan yg ade ni saje je nk upload gmbr diner yg x seberape ni,,, hu3...cite dh lame.... pada 6 mac yg lalu, berlgsgnyr diner amin.... ermm......papepun layan je la..... adios....
Assalamualaikum sume..... diharapnyer sume sihat2 hendaknyr... arini kire genap la 1 bulan dh x update blog... padahal online je...tp disebabkn kekangan yg wujud maka,,, blog ni pun cm dh nk terkubur je,,, berikutan 2 nk menceriakn blog ni... ceria ke??? maka layan je la template baru ni,,,, adios... wassalam......
Assalamualaikum semua... ermm....rjnnyr la update blog... papepun layan je la.... adios.....:)
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALINGcantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik? Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Segala coretan di blog ini adalah koleksi peribadi yang diperolehi dari pelbagai sumber melainkan pendapat persendirian penulis. Semoga paparan di blog ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Komen anda amat dihargai dan dialu-alukan.
"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup/selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selaluberharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka/duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya."-Imam Shafie-