salam sume,,,,,,
ermm,,,,smpt lg nk post entry ni,,,,,
tggl lg ubs je x siap lg,,,,
pas2 plak ngan exam ubs sb2 ni,,,,,hu3,,,
mmg x sedar diri lg ni,,,,:)
so arini nk post entry 2 skali...hu3...
banyaknyr la,,,,
1st nk post kisah menarik ,,,,
pas 2 plak nk post resepi puding caramel ni...
mmg dh lame nk try wat,,,,tp x b'ksmptn,,,,
mcm sedap je..hu3...x penah try lagi,,,hu3...
sgt sedih....
kisah ibu n anknya,,,,,
Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israel berendam air mata. Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita diserang sakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh, sebaliknya bertambah teruk.
Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata, si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekaligus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar, perlahan-lahan sembuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih.
Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang dilafaznya ketika berdoa. Hinggalah pada suatu
malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali.
Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, "Hai perempuan!Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah."Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidur.
Beberapa kali dia beristighfar...sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang.Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Rasa takut sesekali menerjah-nerjah nalurinya.
Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. "Nazar apa?" tanya si anak. "Begini...semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan," jelas si ibu. "Apa yang mesti kita lakukan?" tanya si anak selepas agak lama termenung. "Apa lagi, galikan sebuah lubang kubur untuk mak!" perintah si ibu. "Gali kubur? Tapi...bukankah kubur hanya untuk orang mati?" soal si anak penuh kehairanan. "Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, kau
galilah semula. Insya'allah mak akan selamat," ujar si ibu selamba.
Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelai selesai, si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad. Dengan linangan airmata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa: "Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku. Peliharalah aku dari kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku."
Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk menimbus lubang kubur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. "Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir," bisik si anak mengenangkan nasib ibunya. Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya.
Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luas. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya disebelah kanan kepalanya. Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang. Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amatindah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya. Si ibutambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuahkolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria.
Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: "Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami," pelawanya penuh sopan.Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut.
Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita berwajah muram itu. Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. "Bagaimana kamu memperolehi
kemuliaan ini?" tanyanya lagi. "Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku. Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana yang kamu lihat."
Setelah itu si ibu tadi bertanya kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. "Semasa di dunia," jawabnya tersekat-sekat, "aku perempuan solehah. Tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi aku seringkali derhaka kepada suamiku. Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku...maka itulah Allah jadikan kuburku
ini tempat penyeksaan. Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf." "Insya'allah," jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.
Tujuh hari kemudian, tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelakinya sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak-beranak itu berpelukan dengan air mata berlinangan kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluruh kampung, ibunya kembali semula
selepas seminggu dikebumikan. Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar pengalamannya, lelaki itu pun bersuara. "Dia arwah isteri saya," kata lelaki itu sayu. "Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu. Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana," jelas si ibu itu."Baiklah...aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya," sambung lelaki itu lagi.
Aneh, malam itu, si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatukburung itu. "Bagaimana keadaan kamu sekarang?" tanya si ibu itu."Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau," ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.
(Dipetik dari salah sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali)
Bahan:-
2 bicara:
wah nmpk sedapla puding caramel, ermmm bolela nk try wt t..hu2
erm...tau x pe,,,
try la....
slmt m'cube,,,,
da...
Post a Comment